Flag off time:
52KM - 02.00 am
22KM - 05.00 am
10KM - 06.15am
Cut off time:
52KM - 11 Hours
22KM - 4 Hours
10KM - 2 Hours
Open Categories: 16 - 44 Years
Veteran Categories: 45 Years Above
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman, mesyuarat penganjur Sulaman Ultra yang telah diadakan baru-baru ini dengan berat hati telah membuat ketetapan bahawa penganjuran Acara Sulaman Ultra yang pada awalnya dijadualkan pada 13 September 2020 akan ditangguhkan kepada tahun hadapan.
Keputusan ini dibuat mengambilkira situasi semasa pandemic COVID 19 yang masih aktif serta keputusan Kerajaan Malaysia untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember 2020.
Buat masa ini sekiranya situasi pandemic COVID 19 sudah pulih sepenuhnya, tarikh awal yang dicadangkan bagi penganjuran Sulaman Ultra 2021 akan diadakan pada 12 September 2021.
Bersama kita semua untuk memerangi pandemic COVID 19 ini dan patuhi segala SOP yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Malaysia. KITA JAGA KITA.